Pages

May 31, 2013

Char Koey Teow

Posted by Mizza Estrada at 3:06 AM 0 comments

Mesti ramai yang suka makan char koey teow kan? Tapi selalunya orang akan dapat makan benda ni kat kedai je. Memang jarang sangat nak jumpa orang yang boleh buat sendiri. Ada tu ada la tapi kadang2 buat benda ni tak jadi la, kering la, tak berkuah la, tak sedap la.

Yang ni aku buat sendiri. sebab sebelum ni ada la beberapa orang yang tanya aku mana aku dapat perencah char koey teow tu. Sebenarnya perencah dia sekarang ni memang belambak kat pasar malam dah. Mana2 pasar malam yang aku pergi, memang selalu jumpa perencah dia. Haaa korang cari tempat yang diorang jual mcm perencah2 segera untuk masak kari lah, sup la, ayam masak merah la..Memang ada. Tanya la makcik yang jual perencah2 masakan tu.

Oke aku ajar resepi dia yang dimasak oleh aku ni. Simple dan cepat. Tak sampai 5 minit pun..

Ingredient (1 portion)
1 cawan koey teow
1 sudu besar perencah char koey teow
Udang 
Kerang yang telah direbus
Taugeh
Daun kucai
1/2 cawan air
garam dan perasa
1 telur
**sukatan udang, kerang, taugeh, daun kucai ikut selera korang laa

Cara-cara
1. Panaskan minyak, goreng udang seketika dan masukkan perencah serta air, masuk garam dan perasa, Biarkan mendidih. (kalau tak cukup basah boleh tambah air, tapi lepas tambah air, korang tambah la perisa skit supaya sedap)
2. Masukkan koey teow, kacau
3. Masukkan daun kucai, taugeh, kerang, kacau.
4. Last sekali, ketepikan sikit semua tadi untuk masukkan telur. Lepas masukkan telur tu, jangan terus kacau sebab akan membuatkan kuah jadi tak cantik.
5. Biar telur masak sekejap dan jangan terlebih kacau. Siap.

Char koey teow ni tak sedap kalau dimasak banyak sekali gus sebab takkan jadi, aku dah buat, terus jadi koey teow goreng kerang. Sejak2 boleh buat sendiri ni, kitorang satu family dah lama tak bungkus char koey teow kat kedai. Jimaaaat duit. Hehe.

Mizza
:*

May 30, 2013

Sombong vs Pemalu

Posted by Mizza Estrada at 1:31 AM 0 comments
Tadi aku jumpa si Syasya kat warung time tengok bola. Bapak ah sombong minah tu. Tengok aku pun tak. Apa, dia ingat aku nak mengorat dia ke? Ingat muka dia cantik sangat?
 View_large

Pernah tak korang berada dalam situasi ni? especially girls. Lelaki kena faham jugak kenapa perempuan yang diorang tegur tu bo layan. Bo layan aku means, dia tak bagi reaksi yang kita harapkan. Mungkin dia tu kawan lama korang, ataupun anak jiran sebelah, ataupun anak penghulu kampung korang, atau jugak anak kepada bos ayah korang? Memang boleh dikatakan yang dia tu, mengenali kita mungkin secara unofficial atau orang putih cakap kenal gitu gitu ja..

Bila korang berada dalam situasi si penegur tu, apa perasaan korang? Muka tebal atau rasa macam nak bagi penyepak padu terus ke pipi dia?

Mesti korang automatik melabel dia tu sombong tahap dewa kan? kan? Pernah tak korang merasakan yang dia tak bagi respon tu sebab dia pemalu? Lagi2 bila lelaki yang tiba2 cuba menegur perempuan. Kesian perempuan tu kalau dia seorang yang pemalu dan bila korang tegur dia, dia akan memanlingkan muka ke arah lain tetapi dia tersenyum dan korang tak nampak senyuman tu.

Sebab dia senyum? Sebab dia terkejut tengok korang yang dah lama tak tegur dia, tiba2 tegur dia.. Jangan lah mudah sangat menilai orang tu. Bila korang dalam situasi bo layan ni. Mungkin sebab orang tu jenis yang pemalu.

426649_188291981304730_654062625_n_large

Ingat, lepas je dia buat respon ala2 pemalu atau sombong tu, korang cer research sket kenapa dia buat macam tu. Orang yang sombong ni dia suka buat riak muka yang mintak kaki sket. Rasa diri dia hebat, perfect, dan hanya suka bergaul dengan orang yang sama taraf dengan dia ja. 

Orang pemalu pulak lebih suka berdiam dari berbual kosong. Tapi tak bermakna yang dia tu sombong taw.

#Psst Macam aku ni. Orang suka la cakap aku ni sombong, padahal aku ni pemalu dan susah sket nak sesuaikan diri dengan keadaan yang aku tak berapa selesa. Dan muka aku pun nampak sombong jugak. Orang cakap. -___-

May 29, 2013

5 Perkara Remeh Hubungan Cinta Retak

Posted by Mizza Estrada at 1:12 AM 0 comments
Tadi aku berpeluang lepak2 dengan member lama yang dah 8 tahun tak jumpa. Selama ni cuma berborak kat twitter ja. Almaklumlah masing2 dah ada family, ada tanggungjawab masing2. Yang bestnya, member aku ni yg sebelum ni dalam kategori lelaki idaman para gadis ni dah banyak berubah.

Tengok macam ada masalah. Ye la aku dengan dia ni memang sangat kamceng la dulu. Memandangkan dia sorang so aku tanya la mana wife and anak dia. Dia senyap. So aku biarkan fikiran dia menerawang sekejap.   
Rupanya dia dengan wife ada problem.. Hmmm bagi aku itu perkara biasa. sedangkan aku pun kadang ada problem dengan husband. Kita cuma kena jadi orang yang bijak ja untuk handle semua problem tu. Diulangi, jadi orang yang bijak.

Large

Ada banyak sebenarnya faktor yang menyebabkan hubungan yang kita bina selama ni, retak. So pada pandangan aku, ada 5 sebab utama ni la.

1. Menipu
Menipu samada benda tu hanya benda remeh sekalipun, boleh menyebabkan pergaduhan yang besar. Contohnya situasi ni. 
Lelaki : Okelah sayang, abang dah nak tidur ni. Sayang jaga diri oke?" Padahal dia sedang melepak dengan kawan2 dan balik lewat malam.

2. Selalu Sangat Buat Salah
Manusia ni ada yang pandai mintak maaf tapi selalu ulangi kesilapan yang dia buat tu, berulang kali. Ingatlah kalau dah nak hidup dengan orang tu, cuba buat sedaya upaya untuk bagi dia sayangkan kita. Kalau sampai dia bencikan kita, jangan nak merungut pulak.

3. Tak Pandai Jaga Hati
Kita kena pandaai jaga hati orang yang kita sayang. Belajar untuk terima kelemahan seseorang tu. Bila tak puas hati, tegur elok2. Jangan main sembur ja. Mungkin cara dia tak sama dengan cara kita. Manusia ni lain2 dan tak sama dengan kita. Kita kena faham dia jugak, jangan lah kita nak dia faham kita ja kan.

4. Sukar Mengalah
Sememangnya kehidupan seorang lelaki dengan perempuan ni lain sebenarnya. Perempuan terkenal dengan hati dan perasaan yang lembut dan mudah tersentuh. Lelaki pulak lebih agresif. Masing2 jugak mempunyai ego yang kuat. So, kalau nak buat keputusan pada sesuatu perkara tu, kenalah pilih pada rasionalnya. Jangan asyik nak bertelagah pasal pandangan masing2. Pilihan yang terbaik adalah dari perbincangan, bukan pertelagahan.

5. Penting Diri Sendiri
Jangan lah pentingkan diri sendiri ja. Kalau hang nak hidup dengan orang tu, pandai la jaga dia elok2. Kalau asyik fikir pasal diri sendiri sampai tak peduli pasal orang lain. Baik hidup sorang2 kat hutan sana.

Tak susah sebenarnya nak menjaga hubungan ni. Jangan la mulakan salah satu dari yang kat atas ni. Tu belum lagi curang. So, kalau orang tu dah beralih arah. Jangan pulak nak marahkan dia. Apa salahnya kalau banyak muhasabah diri. Fikir siapa yang suka buat masalah. Kalau nak hubungan tu kekal. Berubah la jadi orang yang lebih menghargai.

So pasal member aku ni, aku dah nasihatkan dia. Sebenarnya benda kecik ja. Rupanya dia bawak diri sampai sini. Kerja dah bagus, Pegawai Kastam. Tapi banyak masalah rupanya. Sabarlah, aku doakan kau bahagia disamping isteri kau. Takdak problem yang tak boleh settle. Slow2 la, biasala kawin muda macam kita ni memang banyak dugaan. Sabar ye bro. :) 

Mizza
:*



May 28, 2013

Result Politeknik Dah Keluar

Posted by Mizza Estrada at 3:26 AM 0 comments
Sebelum ni aku ada post pasal entri Esok Result Keluar. So, aku nak share pasal result aku plak. Seperti yang diwarwarkan sebelum ni, 28 Mei 2013 adalah tarikh result final exam Politeknik Malaysia akan keluar. Aku ni dari pukul 12 malam dah try bukak web Ptss tapi tak boleh. Geram pun ado. Bayangkan aku duk refresh benda tu sampai pukul 3 pagi. Punya lah exited nak check result tu. Sapa tak exited kan sebab result tu lah menunjukkan setakat mana usaha kita selama ni membuahkan kejayaan.

Sampai ke pagi kot aku still tak bleh nak check result sebab server tengah down masa tu. Bukan aku sorang ja. Kengkawan yang lain pun sama jugak. Semua dah pakat mencarut kat twitter sana. Semua dah tak sabar2 nak tengok result masing2.


Sakit hati kot tiap kali refresh dia naik benda ni ja. So fedap sangat. Lastly, ada member aku sorang ni nak mintak tolong check kan sebab dia punya boleh pulak bukak.

Aku pun tanpa rasa segan, bagi la dia no matrik dengan no ic. Lepas dia check, dia send result tu kat aku.


Taraaa... hehe.. bukan nak show off. Result tak gempak mana pun. Cuma yang buat aku hepi sebab aku punya pointer ni naik sikit dari sebelum ni. Naik sikit ja. Alhamdulillah. Sebab tu aku cakap aku hepi dengan pilihan aku ni. Walaupun ada mulut2 cakap yang aku ni buang masa study la. Tapi aku tak kesah. Aku dah lali.

Tengok Arabic Language. Dapat 4 kot. Haha aku macam tak percaya sebab aku rasa mcm banyak masalah je dengan arab tu. First time dalam hidup aku belajar bahasa arab ni. Bukan senang pun. Susah wei. Lagi2 bab nombor yang sampai ratus ribu tu. Tapi Alhamdulillah.

Aku pun bukannya jenis orang yang kuat study sangat pun. Dah la banyak kelas aku x pergi. Quiz and Test banyak yang tak complete. Tapi yang macam aku harapkan la. Masih di atas 3 pointer. Ini je yang aku mintak. Berbaloi la dengan orang yang malas nak study ni. Lepas tu takde yang kena repeat. Aku suka aku suka. 


Mizza
:*




Keriang Dot a.k.a Maquiberry

Posted by Mizza Estrada at 1:38 AM 0 comments
Pernah dengar tak pasal "Keriang Dot" ? Aku sure la memang ramai yang tak kenal dengan buah ni. Aku pun dah besar2 ni baru taw apa dia.


Ni la rupa dia. Mula2 aku ingat ni buah anggur. Tapi bila tengok betul2, memang bukan. Bagi aku buah ni unik la. Rasa dia agak kelat skit. Rupa rupanya ada pokok buah ni kat belakang umah tok aku kat Alor Star. First impression aku lepas makan buah ni. Aku buat muka pelik. Awat rasa dia kelat. Rupanya aku ambik yang kelat. Tapi rasa dia aku suka. Bila dah ralit2 makan, terjumpa la yang manis skit. Serious aku suka.

Best makan sampai tak terkira banyak nya. Susah nak jumpa ni. Buah ni dia akan mengeluarkan warna seakan akan purple bila kita picitkan, terang plak tu. 


Tapi sekali cuci pun dah hilang. Tak de la mcm indelible ink tu. Hahaha. Rupa rupanya buah ni ada khasiat yang sangat baik. Ia adalah buah yang mempunyai kandungan anti oksidan yang tertinggi di dunia. Kalah buah acaiberry tu. Haa jangan main main. Pokok dia aku rasa ada kat area utara ja. Kat tempat lain aku tak taw la. Pada pengamatan aku, dia hanya berbuah dari bulan April sampai Mei je. Setakat ni macam tu la. Buah ni sangatlah baik untuk oraang yang ada kencing manis, sebab ia membantu mengurangkan kadar gula dalam darah.

Ada jugak orang cakap buah ni boleh jugak membantu mengurangkan kolesterol dan membantu menurunkan berat badan. Baguslah untuk aku yang tengah mengembang ni. Hahahaha. :)

Mizza
:*




May 27, 2013

9 Sebab Kenapa Lelaki Susah Nak Dapat Girlfriend

Posted by Mizza Estrada at 11:20 PM 0 comments
Hai selamat tengahari. Dah lunch belum. Oke tadi aku ada blogwalking kejap. so ada terbaca pasal entri ni. Bila aku baca automatik teringat kat sorang member yang ada masalah ni. So aku pun nak share la dari blog bro Nick Nashram ni. hehe.


1. Terlalu memilih
Kata lelaki A : dah banyak awek yang dok usha aku tapi sorang pun tak berkenan di hati. Susah jugak nak cari yang seuai dengan kita.

2. Tak de kereta 
Kata Lelaki B : kalau tak da kereta nanti perempuan tak nak jadi awek kita. katanya jatuh standard la kalau naik bas.

3. Pernah dikecewakan
Kata Lelaki C : Perempuan suka mengecewakan lelaki.. Pantang nampak lelaki kaya dan hensem, terus tinggalkan kita.

4. Asik kena reject
Kata Lelaki D : Masuk yang ni dah lima kali aku kena reject. Tak tahulah apa perempuan cari kat lelaki sebenarnya.

5. Takut hati terluka
Kata Lelaki E : Takut la nak bercinta nanti terluka lagi. Sedih bro, seminggu tak de selera nak makan nasi. Asyik teringatkan dia.

6. Dah jumpa yang berkenan tapi milik orang
Kata Lelaki F : Dah jumpa ciri - ciri wanita idaman tapi dia dah berpunya. Takkan nak rampas hak orang punya kot.

7. Perempuan tu banyak teman lelaki
Kata Lelaki G : Suka kat dia tapi dia banyak teman lelaki. Nampaknya kita ni duk dalam waiting list dia aje la.

8. Tak sama taraf
Kata Lelaki H : Dia tolak cinta aku sebab katanya taraf tak sama. Dia ada degree aku pulak ada sijil SPM je.

9. Kita suka tapi dia tak suka pulak
Kata Lelaki I : Perempuan suka mempermainkan hati lelaki yang suka kat dia. Dia cakap suka kat aku tapi bila mintak couple, kita ni sekadar kawan je katanya.

Sebenarnya tak kira lelaki atau perempuan. Dia mesti ada ciri2 pilihan dia kan. Mesti kita pun nak yang terbaik. Kenal dulu hati budi seseorang tu. Jodoh semua ditangan tuhan. Tak payah nak terlampau desperate nak mencari pasangan sangat. Mungkin sebab2 di atas menunjukkan yang korang tak da jodoh dengan orang tu.

Mizza
:*

Esok Result Keluar

Posted by Mizza Estrada at 4:31 AM 0 comments
Hai, thanks for reading.. Aku baru lepas blogwalking tadi. Bosan petang2 ni. Anak2 pun asyik meragam ja. So, agak tensyion sket lately ni. Sejak akhir2 ni tah la kenapa tidur asyik tak cukup. bangun awal pun still tak dapat tidoq malam. Kawan aku cakap aku stress. Memandai jaa.. Bukannya dia tukang tilik pun. Ajak aku holiday la apa la. Dia tak pa la dah keja, bujang lagi. Aku ni susah nak p mana2. Spoil sgt bila anak2 aku buat hal. Rasa jugak mcm tension. Lgpun dah agak lama tak tenangkan fikiran. Sampai dah tak dak masa untuk diri sendiri. Dah lama sgt tak dapat nak edit blog sebab aku pun jarang sangat online guna lappy ni.

Tension aku ni kadang2 buat aku menung jauh. Rasa mcm perlukan motivation dari yang layak bg aku motivation. Sebenarnya aku perlukan masa untuk diri aku sendiri. Aku dah lama teringinkan masa tu. Aku nak kan masa untuk aku boleh be alone untuk jangka masa yg lama. Sejak aku jadi student ni, aku betul2 busy.

Cakap pasal ni, point aku sekarang ni nak cerita, esok result final exam politeknik keluar. Serious la aku nervous. Memang tak pasti la apa result aku nanti. Tapi aku suka main teka2. Maybe drop skit dari semester lepas. Sebab ada quiz and test yang aku tak complete. Result aku sebelum ni masih di atas 3 pointer lg. Kalau nak drop pun aku harap sgt jgn la cecah sampai 2 pointer ke bawah. Sebab aku nak grad dengan pointer yang cantik2 je.

Dah la dengan ada kelas yang aku ponteng. Sebenarnya anak aku yang kecik si Azwin, pernah masuk hospital sebab kena serangan demam panas. Time tu aku kat poli la. Time rehat tetiba mama call. Aku hairan la kenapa mama nak call time aku kat poli? Tak pernah2 dia buat. Dengan berdebar2 aku angkat dan dengar mama nangis kat fon suruh aku balik sekarang sebab Awin tiba2 tarik. Ya Allah, berdebar jantung aku time tu. Aku trus call member aku dan ajak p hospital. Nasib baik time tu kelas petang pun cancel. So memang aku free la time tu.

So anak aku pun kena tahan la kt ward Pediatrik sampai dua malam.



Kesian sangat aku tengok time tu. Dua hari aku tak tidoq sebab jaga dia kt hospital. So, memang fikiran aku terganggu time tu. Alhamdulillah sekarang dah sihat. Tapi bila aku rasa badan dia macam panas. Memang aku menggelabah sangat.

Berbalik pada result yang keluar esok, aku still nervous. Bulan depan aku start buat praktikal dekat Langkawi. Aku dapat dekat Hotel Sheraton. So, memang kena tinggalkan anak2 sampai bulan November nanti. Tak taw la mcm mana nak tinggalkan depa sampai lama mcm tu. Untuk subjek Softskill, memang kena lulus la. Kalau fail x boleh pegi praktikal. Tapi subjek tu senang ja, aku harap tak fail la. So untuk result yang nak keluar esok, aku doakan yang pointer aku oke. Aku doakan jugak kat kawan2 seangkatan hope semua dapat result oke. Nanti buat praktikak buat betul2. Jangan buat ala kadar. Dengar cerita kita semua bakal dibuli dekat hotel nanti. Aku doakn yang terbaik untuk semua. 

:*
Mizza 



 

the picnic bar Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea